~TeRkEnAnG KeMbALi~

assalamualaikum... wah lamanya x update blog, maklum la final exam belum habis lagi.. nie pun curi2 masa berblog kejap.. hehehe.. ada lagi 2 paper yang 'MENAKUTKAN' untuk ditempuhi.. semoga segala usaha dipermudahkan olehNya.. amin...
 
mesti korang nak tahu kan apa yang aku maksudkan dengan tajuk entry aku kali nie.. sebenarnya beberapa hari yang lepas <aku x ingat la pulak bila>, aku and roommate aku menjelajah kampung sekitar u kiteorang dengan berbasikal.. bila diingatkan kembali dah agak lama jugak aku x naik basikal.. ada la dalam 6 tahun jugak.. perrrhh!! penat giler aarr.. aku rasa macam nak pitam jew bila kiteorang dah masuk kawasan u.. bila jalan nak masuk bilik jew macam jalan atas angin.. melayang semacam jew rasa..

mungkin sebab aku x makan dulu kot sebelum berbasikal tu yang buat aku macam berjalan atas angin tu.. lain kali aku kena makan dulu sebelum keluar berbasikal atau beriadah <tu pun lau ada masa lagi la nak buat>.. sampai jew kat bilik memang nampak katil jew coz kepala dah rasa macam berpusing 360 degree.. dulu naik basikal x la pulak rasa macam nie.. 
    
walaupun penat tapi inilah pengalaman yang terindah yang x akan aku lupakan.. berbasikal bersama roommateku buat kali pertama.. thanks sebab buat hari2 aku ceria dan gembira.. :)

^_____________________^
 



 

~ Si CoMeL~

assalamualaikum.. hari nie x banyak sangat aku nak tulis.. so, sebagai ganti aku akan kongsi dengan korang macam mana rupa Si Comel yang aku pelihara.. dia cute sangat.. warna dia oren+putih+hitam.. hehehe.. dapat bayangkan x??

 :: nie gambar masa Comel tengah tidur.. dah banyak kali aku kejut dia tapi dia buat bodoh jew ::


 :: nie la dia bila aku dah kejutkan ::


 :: tengok!!! dia dah tidur balik ::


 :: cute kan cara dia tidur ::


 :: aku angkat tangan dia pun dia buat bodoh jew ::


 
:: akhirnya dia bangun jugak ::

< Ragam dia boleh buat orang ketawa, tapi kadang kala menyakitkan hati.. itulah COMEL >

~TiDaK PeRnAH Di BuAt oRaNg~

aku bangun pagi tu nak basuh baju, so aku bukak la pintu nak tengok ada x washing machine yang kosong tiba-tiba nampak ada anak kucing kat depan pintu sedang tidur.. aku apa lagi terus la ambik bawak msuk bilik.. masa tu roommate aku pun apa lagi happy giler la tengok ada anak kucing.. disitulah bermulanya episod kehidupan kiteorang dengan Comel.. waahhh bestnye dapat bela kucing.. anak kucing pulak tu.. cute sangat.. aku and roommate aku, Fatin bagi kucing tu nama Comel.. first jaga Comel x lah susah sangat sebab dia tidur jew.. nak cakap dia penat aku pun x tahu dia buat ape sampai penat tapi aku tengok kaki dia sakit.. mungkin sebab jatuh dari aras 5 kot..

yang aku x boleh lupa ialah Comel pergi k*****g kat tepi katil aku.. wahhh masa tu memang bengang jugak la tapi bila pikir balik x pew la.. terpaksa la aku mop satu bilik malam tu and tiba-tiba roommate aku ajak mandikan Si Comel tu.. tahu x masa tu dekat pukul 1.30 pagi tau.. hahaha.. selama aku pelihara kucing x pernah aku mandikan kucing pukul satu pagi.. memang jadi sejarah la malam tu.. Si Comel x habis-habis berbunyi.. mungkin sebab sejuk kot.. lepas mandi tu terus Comel tidur.. hahaha.. lena dia tidur malam tu..

ada satu jew tabiat Si Comel nie yang menggugat kesabaran aku.. nak tahu apa?? dia suka sangat kacau aku and Fatin tidur.. petang dia akan tidur tapi bila malam jew hanya Allah jew yang tahu betapa aktifnya dia.. aku nak tidur pun susah.. asyik-asyik nak panjat katil aku and Fatin.. bila dah dapat naik atas katil mesti dia cari tangan or kaki.. dia bukan setakat main-main jew tapi siap gigit-gigit lagi.. kuku and gigi dia tajam giler sampaikan habis calar tangan aku dibuatnya.. tapi nasib baik juga yang calar cuma tangan lau kena muka memang aku letak dia kat luar balik la..

lau nak tanya sal gambar dia aku belum transfer lagi dari phone.. mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi kot baru aku letak.. ok la thats all for tonight.. good night you all.. love you.. ;)