RSS

< Merindui Itu Indah>

Assalamualaikum..

Lamenye x tulis blog sampaikan bila nak start tulis balik jari jemari terasa kaku untuk beraksi.. Masa semakin pantas berlalu.. Sedar2 sudah hampir 2 tahun aku berada disini.. Ada lagi 1 tahun yang tinggal untuk menghabiskan pengajianku disini<insyaAllah>.. Terlalu banyak suka duka yang telah aku tempuhi semenjak bergelar pelajar universiti nie.. Kenangan yang aku x akan lupakan ialah bila bersama kawan2 yang begitu banyak karenah dan ragam.. Ada yang menyenangkan dan ada juga yang membuatkan air mata ini menitis membasahi pipi.. Tetapi apakan daya, itu semua memang sudah menjadi asam garam dalam berkawan.. Aku terima dengan hati yang terbuka and redha dengan ketentuanNya..

Dalam mengharungi hidup sebagai seorang pelajar, aku x boleh lari dari merindui keluarga di kampung.. Disaat aku penat, sakit, buntu, dan merasa kesunyian pasti disaat itu hatiku terasa amat perit menanggung rindu pada umi.. Aku rindu usapan dan belaian umi.. Kadang kala aku rindu dengan masakan umi sehinggakan aku makan hanya untuk mengalas perut..

Cukuplah buat masa ini.. Jika ada kelapangan di lain hari insyaAllah akan bertemu kembali.. 
^_________________^

Lot Of Love,
FKJCS    


:: Berhabuknye ::

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah nie.. :) Lamanya x update blog sampai dah berhabuk dah blog nie.. hehehe.. Terlalu busy dengan tugasan dan amanah sebagai pelajar memaksa aku untuk memilih diantara keperluan dan kemahuan.. Aku memilih untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan hambaNya.. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh-Nya..

Sebenarnye banyak benda yang ingin dicoretkan disini tetapi masa yang tidak mengizinkan.. Oleh itu, aku just nak kongsi satu perkara.. Nak tahu tak apa dia?? hehehe.. Sabar3..

<khas buat Farahanis Marudin, Hamimah Hanim, Fatin Firzana>

I always care about you friends because you are my friends forever until Jannah.. InsyaAllah.. :D

Good luck untuk Final Exam you all.. Doakan yang terbaik untuk kmiey juga yer.. Sayang korang.. <3

Wassalam~

CICAK!!!!

tengah best2 on9 tiba2 ada seekor anak cicak jenguk dari belakang lappy.. kus semangat.. apa la cicak 2 buat kat belakang lappy aq nie.. hahahaha.. cicak 2 macam x nak pergi jauh jew.. puas aq halau tapi cicak 2 buat derk jew.. siap lalu depan muka aq lagi nie.. aaaii.. x boleh jadi nie.. aq lastik jugak cicak nie karang.. 

tenang, tenang, tenang... huhuhu.. jangan sampai bergegar satu rumah aq kejar cicak nie.. wahai cicak pergi la kau jauh2.. jangan ganggu aq.. aq x suka kau la.. tolong la paham.. huhuhuhu.. ok la dah penat dah tunggu cicak 2 pergi.. kena ajar nie.. xoxoxoxox :D 

Stress :(

ASSALAMUALAIKUM...
argh!! stressnye kena buat mind map.. mase sekolah dulu pun x lah stress macam nie.. (macam mane nak stress kalau keje asyik copy paste mind map orang jew dulu, hehehe).. kalau bagi orang lain mesti diorang cakap kacang jew buat mind map 2 tapi bagi aku benda 2 lah yang buat aku stress.. memang la belajar guna mind map best coz cepat ingat tapi nak buat 2 yang susah.. bukan kerja yang senang nak ringkaskan nota yang panjang berjela menjadi pendek.. adush..
nasib baik la ada jugak member yang tolong.. hehehe.. sayang sangat kat member aku 2.. :D dan nasib baik lagi subjek 2 xlah yang banyak ayat sangat.. cuma aku nie jenis yang buta IT sikit so memang payah la sikit nak hafal semua components dalam computer nie.. tapi x pe, aku akan cuba yang terbaik.. nie semua untuk kebaikan aku jugak kan.. so, doakan aku dapat buat yang terbaik bukan sahaja dalam subjek nie tapi dalam subjek2 yang lain jugak yer.. insyaAllah..
ok la dah lewat pagi nie.. hehehe.. lega sikit dapat luahkan apa yang ada dalam hati nie.. dapat la tidur dengan nyenyak kejap lagi.. XOXOXO :D

Alhamdulillah :D

tamat sudah cerita yang ingin aku kongsikan.. bukan nak kata aku dah cukup alim untuk bagi nasihat kat orang cuma aku ingin memberi peringatan kepada diri sendiri dan berkongsi dengan orang lain.. 

~hope kita dapat sama2 berubah ke arah yang lebih baik lagi.. InsyaAllah.. :D

:: SAAT AKU BERNIKAH (BAHAGIAN AKHIR) ::


Jangan Biar Istikharah Jadi Fitnah
"Aku yakin bahawa dia adalah jodohku."
Hampir semua orang pernah berfikiran sebegini. Kan?
Aku juga salah seorang. Tidak dinafikan.
Istikharah. Suatu amalan yang seringkali dikaitkan dengan jodoh. Padahal, istikharah tidak semestinya dilakukan untuk jodoh sahaja.

Jabir bin Abdullah menyatakan,
"Ada pun Rasulullah mengajarkan kami istikharah dalam melakukan sesuatu perkara sebagaimana nabi mengajarkan kami satu surah daripada Al Quran. Rasulullah menyatakan,
"Apabila kamu merancang sesuatu perkara, maka dia melakukan solat sunat dua rakaat."
(Hadith ini direkodkan daripada Bukhari)

Kita boleh istikharah dalam segala urusan. Tak semestinya soal jodoh.
Jadi, apa yang dimaksudkan dengan istikharah jadi fitnah?
Ada beberapa situasi yang boleh dijadikan contoh, hasil pembacaan aku daripada sebuah buku berkaitan pernikahan.
Lelaki A sudah bertunang dengan perempuan B. Malah, keluarga mereka juga saling mengenali dan sudah merancang bernikah dalam masa beberapa bulan sahaja. Jika difikirkan, sudah tidak ada masalah lagi dalam urusan. Segalanya dipermudahkan. Kemudian, suatu hari, si A melakukan istikharah lagi, untuk tujuan kepastian. Padahal, sebelum bertunang beliau sudah istikharah dan diberi ketenangan hati. Dipendekkan cerita, si A seakan-akan nampak wajah orang lain dalam mimpi. Kemudian, si A bertindak memutuskan pertunangan dengan si B kerana dikatakan mendapat 'petunjuk' daripada Allah.
Soalan yang mudah. Adakah kita ini wali, yang begitu mudah mendapat petunjuk melalui mimpi? Boleh jadi mimpi tersebut gangguan syaitan.
Soal istikharah, tidak semestinya dapat melalui mimpi. Antara 'petanda' bahawa si dia adalah jodoh kita, adalah dengan segala urusan dipermudahkan.
Istikharah dilakukan untuk mendapatkan keyakinan dan kepastian. Sebagai tanda mengagungkan Allah dalam membuat segala keputusan. Jika sudah yakin, teruskan. Jangan biar istikharah jadi fitnah!

Perlunya Usaha, Jangan Hanya Berdoa
"Aku hanya menunggu jodoh yang ditetapkan Allah di Luh Mahfuz. Kalau sudah jodoh, tak akan ke mana-mana."

Pernah dengar ungkapan sebegini?
Orang yang dilabel islamik selalunya berfikiran sedemikian.
Aku kurang bersetuju dengan ungkapan sebegitu. Seolah-olah bagai menunggu bulan jatuh ke riba! Tiada usaha!
Tak cukup hanya sekadar DT - Doa, Tawakal.
Perlu ada DUIT- Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal.
Adakah jodoh akan datang bergolek-golek dihadapan anda, kemudian anda terus bernikah? Tanpa ada usaha langsung?
 Come on'! Berpijak di bumi yang nyata!
 
Gunakan Pelbagai Method
(1) Gunakan orang tengah yang boleh dipercayai atau baitul muslim
Minta kenalan-kenalan yang kita percayai atau thiqah untuk mencarikan calon untuk kita. Seelok-eloknya yang sudah berkahwin. Tujuan kita menggunakan orang tengah adalah supaya kita lebih terjaga dalam perhubungan. Boleh juga serahkan kepada baitul muslim kerana mereka juga tahu apa yang sewajarnya dilakukan.
Risik seseorang yang kita minat. Ambil tahu bagaimana tingkah laku dan kelakuannya. Melalui orang tengah, kita dapat tahu baik atau buruk seseorang. Tanpa pengetahuan si dia. Jika kita terus berhubung dengannya, dikhuatiri kita hanya nampak kebaikannya sahaja. Seperti orang yang berpacaran, hanya nampak segalanya baik, kan?
Maka gunalah orang tengah, insyaAllah lebih terjaga.

(2) Selidik melalui media massa
FB. Twitter. Atau apa-apa sahaja medium. Selidik tingkah laku seseorang yang kita minat. Adakah dia menjaga ikhtilatnya dengan bukan mahram? Adakah dia menggunakan FB atau Twitter untuk perkara-perkara yang mendatangkan manfaat? Adakah dia suka 'upload' gambar-gambar yang dirasakan tak perlu untuk tontonan umum?
Jaga-jaga, mungkin anda sedang diperhatikan!
Namun bagi lelaki, harus diingat! Jaga pandangan mata. Jangan melihat gambar seorang wanita terlalu lama! Dikhuatiri menimbulkan nafsu syahwat pula.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah an-Nur ayat 30)

(3) Jumpa ibu bapa pasangan anda, jika anda sudah mempunyai calon
"Aku sudah lama bercouple dengannya. Takkan nak kena clash pula."

Kenapa nak kena 'clash'? Jika ikhlas dengannya, jumpa ibu bapanya!

Jangan Terlalu Kolot
"Aku takut nak tengok gambar calon isteri aku. Risau pula nak berhubung dengannya. Takut zina hati."

Risau akan golongan yang mempunyai pemikiran sedemikian. Terlalu mudah melabel zina hati. Sehinggakan terbayang atau terlintas di fikiran juga dikatakan zina hati.
Boleh jadi mereka betul. Boleh jadi juga salah.
Jangan jadi ekstremis zina hati. Rindu adalah fitrah. Harus diingat bahawa kita hidup dalam lingkungan manusia. Bukannya para malaikat!
Yang membawa kepada kelalaian dan jauh daripada Allah, disebabkan teringat seseorang, itulah yang dilabel zina hati. Jika sekadar teringat atau terlintas secara tiba-tiba, tidak bolehlah kita terus melabel bahawa itu zina hati.

Nabi saw bersabda;
"Jika seseorang mengkhitbah seorang wanita, maka tidak mengapa dia melihatnya jika dia niatkan melihatnya sebagai khitbah kepadanya walaupun wanita itu tidak mengetahuinya.
(Hadis Riwayat Ahmad dan Azh-Zhahiri)

Manusia mempunyai hati dan perasaan. Perlu lahirkan perasaan cinta dan kasih sayang, sebelum kita berkahwin.
Tetapi, bagaimana caranya? Adakah dengan perlu ber'couple'? Ber'dating'? 'Calling' dan 'sms' sehingga lewat malam?
Sudah tentu jawapannya tidak! Tak perlu melakukan sedemikian, untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang!

Pesanan Nabi kepada al-Mughirah bin Syu'bah,
"Lihatlah terlebih dahulu wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu dapat merukunkan kalian berdua."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi dan An-Nasa'ie)

Islam hadir bukan untuk mengharamkan fitrah manusia. Islam hadir untuk mengawal fitrah manusia.
Ya, Islam mengawal. Bukannya menghalang. Terbitkan rasa cinta, tetapi dengan cara berlandaskan syarak.
Suatu kisah  Habibah binti Sahl, isteri Tsabit bin Qais. Beliau lari pada malam pertamanya. Tidak mampu menumbuhkan rasa cinta kepada Tsabit. Rupa-rupanya beliau tidak berpeluang melihat Tsabit sebelum berkahwin. Maka, pada malam pertama, beliau mengintai wajah suaminya dengan mengangkat sedikit penutup khemah. Kelihatan suaminya bersama dengan beberapa orang pemuda. Dalam kalangan mereka, didapati Tsabit lelaki yang paling hitam kulitnya, paling pendek ketinggiannya, dan paling buruk wajahnya.
Ketika ditanya oleh Rasulullah saw tentang perbuatannya, isteri Tsabit berterus terang tentang fizikal Tsabit yang tidak disukai. Dia juga menjawab,
"Wahai Rasulullah. Aku tidak mempersoalkan akhlak dan agamanya kerana dia memiliki akhlak dan agama yang baik, tapi aku takut menjadi kufur." Lalu Rasulullah saw meminta Tsabit bin Qais menceraikan isterinya dengan talak satu. (Hadis Riwayat Bukhari)
Luaran bukan syarat utama. Namun, ia mempunyai kesan terhadap rasa cinta bagi sesetengah orang.
Ingat, kita manusia, bukannya malaikat!

Kesimpulan: Antara Realiti dan Fantasi
Perancangan, sememangnya mudah. Umpama menaip menggunakan komputer riba. Memerah otak mengeluarkan idea-idea yang dirasakan bernas oleh penulis. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaplikasiannya?
Berusaha untuk merancang. Namun, sekiranya berlaku tidak seperti apa yang dirancang, ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk kita.
Aku merancang dan Allah juga merancang. Ketahuilah, bahawa Allah sebaik-baik perancang untuk hambaNya.
Sukanya untuk berkongsi rasa. Memberikan nasihat dan motivasi. Membawa masyarakat mengenal erti cinta yang sebenar. Bukannya definisi cinta yang hina! Cinta dikaitkan dengan ber'dating', berpegang-pegangan tangan, 'calling' dan 'sms' sehingga tengah malam. Maka membuatkan masyarakat begitu fobia dengan cinta.
Inginku terangkan kepada masyarakat. Apa itu cinta yang sebenar.
Betulkan definisi cinta! Kerana cinta yang suci adalah fitrah! Yang membawa kepada kita dan si dia dekat dengan Allah SWT
Mulakan dirimu dengan mengenal Pencipta Cinta!

- Artikel iluvislam.com

:: SAAT AKU BERNIKAH (BAHAGIAN 3) ::


Ingin Jadi 'High Standard'
Seringkali terdengar bisikan syaitan. Tak pernah kenal erti putus asa dalam menyesatkan anak Adam.
"Kau pun bukan ustaz. Jangan terlalu memilih. Terima je. Nanti tak kahwin sampai tua".
Aku bukan seorang ustaz. Bukan juga dari sekolah agama. Belajar di Mesir dan Jordan apatah lagi. Aku adalah seorang hamba Allah. Seorang yang sentiasa berusaha menggapai redha Ilahi. Bukan seorang yang sempurna. Namun, aku sentiasa berusaha mencari kesempurnaan.
Mencari seorang isteri atau suami untuk melangsungkan perkahwinan sememangnya senang. Namun, sukar untuk mencari seorang isteri solehah untuk mendirikan rumah tangga sehingga ke syurga. Mencari sebenar-benar suami yang soleh mengemudi bahtera yang di bina. Baitul Muslim.
Begitulah bezanya majlis perkahwinan dan rumah tangga. Ramai fokus kepada perkahwinan sehingga mengendahkan perkara yang lebih penting, iaitu persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
"Tak pe, kalau kahwin nanti aku berubah la jadi baik. Jadi rajin."
Mungkin ada yang berjaya, tapi aku tetap yakin ramai yang tak berjaya. Jadi, persediaan sebelum bernikah lebih penting.
Maka, persiapkan diri. Jom jadi lelaki soleh dan baik! Wanita yang solehah dan mukminah!

"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"
(Surah an-Nur ayat 26)

Persediaan Sebelum Bernikah
1) Biasakan diri untuk solat berjemaah di surau atau masjid.
Alhamdulillah, bagi yang sebati solat 5 waktu sehari semalam. Namun, kebiasaannya solat subuh berjemaah yang paling sukar. Selain itu, cuba untuk menjadi imam. Seorang isteri yang solehah ingin menjadi makmum kepada suaminya. Bayangkan satu situasi.
"Abang, boleh jadi imam solat sayang tak?" Kata si isteri dengan penuh harapan. Jika kita sudah terbiasa menjadi imam, insyaAllah tidak ada masalah. Tetapi, jika tidak biasa?

2) Lazimi amalan-amalan sunah/sunat/hasan.
Terlalu banyak perkara-perakara yang baik untuk dilalukan.  Berzikir ketika mempunyai masa terluang seperti sedang memandu kenderaan atau sedang berjalan-jalan adalah lebih baik dari hanya menekan pedal tanpa ada ibadah untuk diiringkan . Membaca Al-Quran sebelum atau selepas solat juga selalukan lah mengamalkannya, apatah lagi solat dhuha setiap hari.
Lakukan solat tahajud sekurang-kurangnya seminggu sekali. Jika diri sudah tersiap, maka tidak mempunyai masalah untuk membimbing isteri dan anak-anak. Indah kan, kalau mampu bersama-sama isteri, saling mengejutkan untuk qiamullail. Suami merenjiskan air pada muka isteri, membelai dengan penuh kasih sayang.
"Sayang, mari kita solat tahajud", kata si suami mengejutkan isteri. Romantik, kan?

"Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam"
(Surah al-Insan ayat 26)

3) 'Paksa' diri mendalami ilmu agama.
Hadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah agama. Ikuti usrah kerana sekurang-kurangnya kita berada dalam lingkungan yang selalu memberi peringatan antara satu sama lain. Baca lah buku-buku dan majalah agama kerana ianya dapat membantu peningkatan iman. Jangan lupa untuk mencari bahan bacaan berkaitan pernikahan. Persiapkan diri menuju gerbang perkahwinan. Antara bahan bacaan yang boleh baik antaranya penulisan Ustazah Fatimah Syarha. Novel-novel dan buku motivasinya sangat memberi manfaat.
Jika ada masa terluang, tonton lah video-video di 'Youtube' mengenai ceramah agama seperti Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus, dan Ustaz Kazim. Segalanya di hujung jari! 

4) Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah dan penganjuran program.
Terlibat dalam organisasi untuk menganjurkan program ilmiah sememangnya latihan yang baik sebelum menempuh alam perkahwinan. Kita akan terbiasa dengan aktiviti-aktiviti yang memotivasikan diri dan orang lain. Kenapa perlu terlibat? Kerana seorang daie perlu menjadi kreatif! Fokus penganjuran program adalah kepada peserta. Jika sudah berkeluarga nanti, maka anak-anak dan isteri pula akan menjadi 'peserta'. Suami perlu kreatif dalam mendidik anak-anak dan isteri. Pelbagaikan 'method' dan 'modul' agar keluarga menjadi ceria.

"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala)......."
(Surah at-Tahrim ayat 66)

5) Biasakan diri melakukan kerja-kerja rumah.
Jangan hanya biarkan ibu atau kakak sahaja yang melakukan kerja rumah. Ringankan tulang untuk membantu. Sungguhpun anda seorang lelaki! Bantu mengemas rumah, membasuh baju, melipat kain, membasuh pinggan, dan kerja-kerja lain. Jika sudah ringan tulang sebelum bernikah, maka setelah bernikah pula tidak mempunyai masalah dalam melakukan kerja-kerja tersebut. Jangan biarkan isteri seolah-olah menjadi orang gaji di rumah. Ringankan tugas isteri. Isteri akan lebih menyayangi anda. Anda pasti suka melihat isteri anda tersenyum gembira. 
Tidak salah suami membantu isteri. Rasulullah juga adalah antara sebaik-baik suami di dalam rumahtanga. Bukan sahaja ketua negara, tetapi tetap ringan tulang di dalam menguruskan keluarga baginda. Maka jelaslah, martabat seorang suami tidak akan jatuh jika membantu isteri membuat kerja-kerja di rumah bahkan ianya dapat mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri.

6) Perbaiki hubungan sesama ahli keluarga, sahabat, dan masyarakat.
Berikan senyuman kepada semua. Tidak kira samada kita dalam keadaan letih atau tidak. Biasakan diri untuk jadi peramah dengan orang sekeliling kita. Berikan salam dan bersikap baik dengan orang yang lebih tua. Kemudian, jika kita mempunyai masalah, cuba bersabar. Istighfar. Selesaikan dengan cara berhikmah. Ringankan tulang untuk membantu orang di sekeliling kita yang mempunyai masalah. Jadikan diri ini bermanfaat kepada orang lain. Maka jika sudah beristeri nanti, kita akan mampu menjadi suami yang baik.

Nabi saw bersabda;
"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Inginkan isteri yang solehah, maka perlu persiapkan diri menjadi soleh juga. Kan?

Yakinkan Ibu Bapa Dengan Perancanganmu!
Bentangkan perancangan di hadapan ibu bapa. Ajak mereka untuk berbincang. Ibu bapa pula perlu bersikap terbuka apabila si anak ingin membentangkan perancangannya untuk berkahwin. Jangan terus menghalang. Membuatkan anak seolah-olah melakukan suatu kesalahan besar. Dengar dahulu pendapatnya. Kerana dia juga anak kalian. Darah daging kalian. 
Zaman dahulu tidak sama dengan zaman sekarang. Cabarannya juga jauh berbeza. Perlu pandai menilai kemampuan anak.
Si anak pula, jangan hanya berkata "Saya nak kahwin. Mak dan abah kena izinkan."
atau seakan mengugut "kalau mak tak izinkan, along kahwin lari"
Pada anak-anak, usah terus mengencang. Raihlah pendapat orang tua kerana di situ kunci keberkatan.
Tetapi, di mana persiapanmu? Adakah sudah cukup bertanggungjawab pada diri, dan ingin bertanggungjawab menjaga anak orang pula?
Tunjukkan kepada ibu bapa bahawa anda sudah bersedia!

1) Suai kenal bersama ahli keluarga
Perkenalkan kepada ibu bapa mengenai calon isteri. Terangkan mengapa memilih si dia sebagai calon isteri. Yakinkan ibu bapa. Rancang 'temu janji' untuk menemukan kedua-kedua belah pihak keluarga. Keluarga si perempuan perlu mengenali keluarga si lelaki. Begitu juga sebaliknya. Jika kedua-dua keluarga sudah saling bertemu, dan kelihatan serasi, maka lanjutkan perbincangan untuk bertunang pula.

2) Perancangan kewangan
Bentangkan laporan kewangan kepada ibu bapa. Buktikan bahawa anda mampu berdikari dan berusaha mencari duit sendiri. Cuba untuk bekerja sambilan. Selain itu, tunjukkan duit simpanan anda, sebagai bukti bahawa anda mampu 'survive' jika sudah berkahwin nanti.
Kalau boleh, elak guna duit ibu bapa untuk majlis perkahwinan. Tunjukkan usaha anda! InsyaAllah, dengan kesungguhan anda, ibu bapa akan lebih yakin untuk membenarkan anda berkahwin. Istilah 'nak bagi anak bini makan apa? pasir?' sudah tidak perlu dirisaukan lagi.

3) Mampu seimbangkan antara belajar dan berkahwin (jika masih belajar)
Fenomena berkahwin semasa belajar sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Namun, masyarakat lebih banyak menilai kepada kegagalan sahaja. Seolah-olah tiada langsung yang berjaya dalam akademik, ketika kahwin semasa belajar. Tunjukkan kepada ibu bapa keputusan-keputusan peperiksaan yang memberangsangkan, sebelum berkahwin. Berikan keyakinan, sekiranya sudah berkahwin nanti, keputusan tidak akan berubah malah menjadi lebih baik. Buktikan dengan keputusan peperiksaan kamu yang terdahulu!
(nantikan Saat Aku Bernikah (part 4) -adakah cukup sekadar mempersiapkan diri, tanpa perlu berusaha mencari jodoh? 

- Artikel iluvislam.com