~PeRcAyA~

Kawan aku pernah cakap kalau sayang seseorang jangan sayang and percaya dia 100%, kita kena ada juga rasa was-was supaya jika berlaku apa-apa nanti kita tidak terlalu kecewa.. Betul apa yang kawan aku bagitahu tu, kerana tidak semua orang akan sayang kita seperti mana kita sayang dia.. Mungkin suatu hari nanti dia akan pergi meninggalkan kita setelah dia bosan dengan kita.. Dulu aku selalu positifkan fikiran aku supaya aku tak hukum semua lelaki di atas apa yang berlaku pada diri aku.. Tapi sekarang aku faham yang semua lelaki sama je.. Bila dia perlukan kita dia akan kejar kita, tapi bila dia dah tak perlukan kita dia akan buang kita macam sampah.. Mungkin ini semua permainan takdir dan aku perlu redha dengan apa yang berlaku..

Aku dah letih berharap pada benda yang belum pasti.. Mungkin sudah tiba masanya aku tinggalkan semua ini dan teruskan hidup aku.. Biarlah semua yang telah berlaku berlalu.. Sekarang aku hanya inginkan ketenangan dalam hidup dan berusaha untuk mendapatkan apa yang telah ada di depan mata.. Yang lain-lain biarlah DIA yang menentukan segalanya.. 

0 comments:

Post a Comment